Pramugari AirAsia isi masa lapang dalam pesawat dengan berlatih menulis Jawi
Madiha Abdullah
September 9, 2016 14:58 MYT
September 9, 2016 14:58 MYT
SEORANG pramugari syarikat penerbangan AirAsia mempunyai cara tersendiri untuk mengisi masa terluang di dalam pesawat.
Bagi Anna Jimenez, apabila penumpang di dalam pesawat sudah selesa dan berehat dengan tenang, inilah masanya untuk dia mengasah skil penulisan dalam bahasa Jawi.
Draf penulisan itu kemudiannya dimuat naik Anne ke akaun Facebook miliknya.
Menariknya, Anna turut meminta rakan-rakan dan pengikutnya untuk membuat transkrip penulisan Jawi itu ke dalam bentuk tulisan Rumi, untuk memastikan jika apa yang ditulisnya adalah betul.
Bukan itu sahaja, Anna turut menawarkan ganjaran buat mereka yang berjaya meneka dan membuat transkrip dengan tepat dan pantas.
Hadiah yang ditawarkannya ialah sebuah Photobook bernilai RM90.
Usaha Anna memperbaiki penulisan jawinya itu mendapat pujian ramai, malah ramai juga yang mencuba nasib untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan.
Difahamkan, apa yang ditulis Anna merupakan skrip biasa juruterbang syarikat penerbangan itu sebelum pesawat berlepas.