Pokemon GO: Peminat giat cari PokeStops dan PokeGym
Syafique Shuib
Ogos 7, 2016 09:58 MYT
Ogos 7, 2016 09:58 MYT
Sehari selepas Pokemon GO boleh dimain di Malaysia, nampaknya para pemain telah ke beberapa kawasan, bukan sahaja untuk menangkap makhluk Pokemon, tetapi untuk mencari lokasi PokeStops dan PokeGym.
PokeStop merupakan lokasi mengambil PokeBall sementara PokeGym merupakan lokasi untuk bertarung dengan pemain lain.
Yang menarik, rumah ibadat banyak yang menjadi lokasi untuk PokeStops dan PokeGym.
Perkara ini dikongsi oleh netizen di laman media sosial masing-masing.
Tandas juga tidak ketinggalan dipilih sebagai lokasi PokeStops.
Pusat membeli belah turut menjadi lokasi hangat mencari Pokemon.
Begitu juga, setelah seronok berjaya mengumpul Pokemon, para pemain akan giat berkongsi markah mereka di media sosial.
Malaysia menerima Pokemon GO bersama beberapa negara lain seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau semalam.