Pokemon GO boleh dimain di Malaysia bermula hari ini

Nizam Bakeri
Ogos 6, 2016 02:21 MYT
Pokemon GO boleh dimuat turun di Apps Store dan Play Store mulai hari ini - Foto Astro AWANI/Alya Mohamed
Pokemon GO kini sudah tiba di Malaysia.
Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun permainan augmented reality yang mencetus fenomena di seluruh dunia ini di Apps Store bagi pengguna iPhone dan Play Store bagi pengguna Android.
Menurut Amanz, bermula jam 8 pagi hari ini, Malaysia menerima Pokemon GO bersama beberapa negara lain seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.
Permainan ini turut mengundang kontroversi tersendiri selepas menyebabkan para pengguna di seluruh dunia terlibat dengan pelbagai insiden seperti melanggar kereta polis dan menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.
Pemain Pokemon GO turut dilihat berada di beberapa kawasan sensitif seperti di tanah perkuburan dan tugu peringatan Hiroshima.
BACA: Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu
BACA: Maxis dan Grab melancarkan PokeMobile
BACA: Kempen selamatkan kanak-kanak Syria melalui Pokemon GO
#Kini Trending #Pokemon GO #Pokemon Go Malaysia