Petua udang kekal segar, tiada lendir dan tidak hanyir

Mingguan Wanita
Januari 22, 2022 10:30 MYT
Cara nak hilangkan bau hanyir dan kekalkan kesegaran ini boleh gunakan untuk makanan laut yang lain juga. Asalkan asal usul dia dari air tawar/laut. -Mingguan Wanita
BOLEH dikatakan makanan laut kebanyakannya berlendir dan hanyir, termasuklah udang.
Ada macam-macam petua yang mak-mak boleh ambil untuk hilangkan masalah ini.
Sedapnya udang! Masakannya pun boleh dipelbagaikan. Tapi kalau yang ada masalah gout itu, kena elakkan.
Namun, nak beli udang pun bukan sembarangan sebab silap beli, udang dah tak segar.
Ini belum lagi hanyir dan berlendir. Sementelah kalau nak masak, kena buang warna hitam di bahagian belakang udang.
Bagaimana nak pastikan udang yang mak-mak beli ini kekal segar, tak hanyir dan tak berlendir.
Mungkin petua ini biasa dengar tapi belum cuba. Jadi, apa kata nanti bolehlah buat pada udang atau makanan laut lain yang mak-mak beli nanti.
CARA NAK BERSIHKAN UDANG DAN KEKALKAN KESEGARAN
Masak udang sambal petai memang sedap. Tapi kalau udang dah lembik, tak sedap jugak, kan!
1. Ini cara mudah nak keluarkan kotoran dari badan udang yang size kecil dan sederhana, sebaiknya cucuk guna LIDI SATE aje.
Nak guna pisau @ gunting pun tak ada masalah tapi kalau udang tu besar dan segar boleh la. Kalau tak berapa nak pro pasti hancur terkulai terus.
2. Gunting saja hujung kepala tu. Tak perlulah buang kepala udang tu sebab kemanisan udang tu datang dari kepalanya.
3. Lepas dah cuci semua udang tu, perah limau untuk buang bau hanyir dan toskan. Disarankan guna limau nipis sebab baunya lebih wangi dan kuat.
4. Jangan lupa lumur garam tanpa air untuk hilangkan lendir yang keluar disebabkan bilasan dengan air limau tadi.
5. Bilas semua udang dan sedia untuk dimasak. Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas yang berisi air dan bekukan.
P/s : Cara nak hilangkan bau hanyir dan kekalkan kesegaran ini boleh gunakan untuk makanan laut yang lain juga. Asalkan asal usul dia dari air tawar / laut.
Sumber: Nana Ismail
*Artikel asal di Mingguan Wanita

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

#teknik kupas udang #petua hilangkan hanyir #buang lendir #limau dan garam
;