Pesta lampu merah bermula, sejuta kenderaan masuk Kelantan
Gempak
Jun 23, 2017 14:46 MYT
Jun 23, 2017 14:46 MYT
JABATAN Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.
Pengerusinya Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata laluan Kuala Lumpur-Gua Musang-Kuala krai mulai sesak dengan kenderaan pagi ini dan mungkin bertambah sesak pada malam kemuncak menyambut hari raya nanti.
"Justeru pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan beberapa jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," katanya.
Sementara itu, di Facebook Info Roadblock JPJ/KLK, pengguna sudah mula berkongsi 'kemeriahan' pesta lampu jutaan kenderaan yang pulang ke kampung terutama di Pantai Timur sempena Aidilfitri.
"Abaikan trafik yang sesak itu, bagi saya ini momen terindah yang dapat dirasai sekali setahun. Beramai-ramai balik kampung," tulis Darshini Sitharam.
"Macam ini baru dapat feel balik kampung nak raya," kata Nor Afiza.
Fairuz Zohari pula menyifatkan suasana itu bukti kemeriahan sambutan Aidilfitri. Katanya; "Seronoknya konvoi beramai-ramai, sekurang-kurangnya ada juga mood menyambut raya."
Apapun, Astro Gempak doakan perjalanan anda lancar dan selamat sepanjang pulang ke kampung halaman dan kembali ke ibukota. Pandu cermat jiwa selamat!
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Bernama, Info Roadblock JPJ/KLK
#Aidilfitri
#Gua Musang
#hari raya
#JPJ
#Kelantan
#keselamatan
#Kuala Krai
#Kuala Lumpur
#Pantai Timur