Pesona raya bersama koleksi Longines Hydroconquest

Haikal Raman
Mei 11, 2021 12:30 MYT
Sempena bulan mulia Ramadan, Longines memperkenalkan koleksi HydroConquest dengan definisi sporty dalam melengkapkan gaya moden si pemakai.
HADIRKAN pesona raya dengan padanan jenama jam tangan terkemuka, Longines menerusi koleksi ikonik HydroConquest sebagai pelengkap persalinan pagi Aidilfitri anda.
Sempena bulan mulia Ramadan, Longines memperkenalkan koleksi HydroConquest dengan definisi sporty dalam melengkapkan gaya moden si pemakai.
Koleksi ini juga sesuai dipadankan atau dijadikan sebagai hadiah kepada insan tersayang ketika Ramadan ini.
Karakter koleksi ini turut disempurnakan dengan keupayaan termasuk daya ketahanan air sehingga 300 meter.
Dilengkapkan dengan bezel berputar sehala, crown bersekuriti screw-down dan cupingan digarap lebih panjang bagi melindungi crown daripada berputar secara tidak sengaja.
Bagi menyerlahkan padanan dalam setiap penampilan, Longines menawarkan variasi varian cakera (dail) bersinar termasuk hijau, kelabu, hitam dan biru bersama kecemerlangan teknikal serta inovasi terbaik bezel seramik.
Koleksi jam tangan dengan sifat kalis calar ini disesuaikan dengan warna dail dan tali bersama rekaan moden berserta siluet sporty.
Tersedia dalam dua saiz iaitu 44 mm dan 43 mm, jam tangan HydroConquest dilengkapi dengan L888.8 kaliber yang direka dengan keseimbangan spring silikon.
Diilhamkan oleh keperluan unik para penyelam, ia menawarkan pilihan fungsi di antara berjarum tiga bersama tetingkap calendar atau berfungsi kronograf pada dail.
HydroConquest melengkapkan pesona peminat sukan akuatik yang mengimpikan gabungan kesempurnaan gaya elegen dan prestasi.
Bagi pilihan saiz 41 mm, ia hadir bersama inovasi tali yang boleh ditukar ganti (tanpa menggunakan sebarang alat) antara gelang keluli dan tali getah selain memberi padanan rona sesuai dengan dail.
Sama ada warna hijau, kelabu, hitam atau biru, koleksi HydroConquest yang juga terjemahan kepakaran Longines sudah pasti menyerlahkan gaya sleek dalam persalinan Aidilfitri anda.
Pencinta jam tangan boleh layari laman web www.longines.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi jam tangan ikonik HydroConquest.
#Longines #HydroConquest #sporty #GayaRaya #KalisCalar #DayaKetahananAir #PesonaRaya #InovasiJamTangan
;