Pesawat tukar haluan selepas lelaki kencing atas penumpang

Nizam Bakeri
Februari 10, 2016 19:59 MYT
Lelaki yang turut memulakan pergaduhan di dalam pesawat itu akhirnya akur selepas ditumpaskan oleh kru penerbangan - Foto Twitter/SimNico
Pesawat Air Mediterranee yang dijadualkan mendarat di Paris terpaksa menukar haluan dan mendarat di Lyon untuk mengeluarkan lelaki yang mengencingi seorang penumpang lain.
Menurut The Independent, lelaki tersebut bertindak sedemikian ketika penerbangan ML2673 berada 30,000 kaki di udara.
Lelaki yang tidak berbaju itu kemudiannya bertindak memulakan pergaduhan sebelum ditahan oleh kru penerbangan.
Menurut kru penerbangan, lelaki tersebut mula marah-marah ketika penerbangan kerana tidak dibenarkan merokok atau meminum alkohol.

#ML2673 The unruly passenger wanted to drink and smoke & was overpowered after urinating on a pax. (via @kenziRM) pic.twitter.com/k8oqLtLvSt

— SimNico (@simnico971) February 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat Airbus A321 yang berlepas dari Algiers, Algeria itu telah berada di udara selama 45 minit ketika keputusan dibuat untuk melencongkan penerbangan ke Lyon.
Lelaki tersebut diiring keluar dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Lyon bersama seorang lagi lelaki yang terlibat dengan pergaduhan.

LIVE: Air Mediterranee #ML2673 diverting to Lyon due to passenger behaviour (@simnico971) pic.twitter.com/SJMNkMk8N1 - @NikPhillips666

— AirLive.net (@airlivenet) February 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat tersebut meneruskan perjalanan ke Paris dari Lyon dan tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle tiga jam lewat dari waktu yang dijadualkan.
#penumpang Air Mediterranee kencing dalam pesawat #Pesawat tukar haluan selepas lelaki kencing atas penumpang
;