Perubahan dan hobi berbeza lelaki bila usia cecah 40-an, tiba-tiba minat ...?
September 22, 2021 12:56 MYT
PERCAYA atau tidak, rata-rata lelaki mula mengecap kestabilan hidup bermula pada usia 40-an. Ini merupakan usia di mana seorang lelaki mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang mereka lakukan.
Tidak semua tetapi ramai lelaki yang pada usia ini pasti akan faham apa yang MASKULIN cuba perkatakan.
Maka tidak hairanlah lelaki pada usia mencecah 40-an akan mula mencari minat atau hobi baru yang sebelum ini dia sendiri pun tidak pernah terfikir. Bagi yang kurang memahami mulalah menganggap golongan lelaki ini seakan buang tabiat atau berperangao aneh. Walhal ia merupakan satu fasa yang cukup normal dalam mana-aman kehidupan seorang lelaki.
Jadi amat penting seorang lelaki itu mendapat support system yang baik dari keluarga dan rakan-rakan.
MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang lelaki suka buat sama ada baik atau aneh bila menjelang usia emas ini.
Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.
Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala K-pop. Yang penting nampak tampan.
Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat.
Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.
Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.
Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.
Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh.
Gemar membaca majalah dan gajet terkini
Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya.
Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.
Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar gemarkannya.
Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!
Artikel asal ini diterbitkan di portal maskulin.com.my