Pertandingan fotografi produk pelancongan Negeri Sembilan

Bernama
Mei 12, 2016 11:24 MYT
Suasana matahari terbenam di Port Dickson ini mungkin memberi inspirasi awal kepada para peserta pertandingan. - Gambar hiasan
Bagi memperkenalkan produk pelancongan di Negeri Sembilan, satu pertandingan 'Photo Hunt - Warisan Kito' akan diadakan dari 21 hingga 28 Mei ini.
Pertandingan fotografi anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan itu memerlukan peserta mengambil foto produk pelancongan di sekitar Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Ahmad Husni Ahmad Basri berkata pertandingan itu secara tidak langsung akan membantu memperkenalkan produk pelancongan negeri berkenaan kepada peserta.
Menurutnya, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,250 bagi tempat pertama, tempat kedua (RM850) dan tempat ketiga (RM550), manakala 10 pemenang saguhati akan menerima RM150 setiap seorang.
"Tema pertandingan ialah lanskap, seni bina tradisional dan moden, tapak warisan dan sejarah serta etnik dan adat budaya masyarakat Negeri Sembilan," katanya di sini hari ini.
Syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh diperoleh menerusi Facebook Tourism Malaysia Negeri Sembilan atau menghubungi talian 06-762 4488 / 06-762 2388 / 06-763 5388.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 17 Mei ini.
#Negeri Sembilan #pertandingan fotografi #Photo Hunt #Tourism Malaysia #Warisan Kito
;