Personaliti Instagram 'hensem', Dr Mike lelong diri untuk amal

Syafique Shuib
Januari 21, 2016 13:29 MYT
Dr Mike yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram akan makan malam bersama seorang wanita yand dipilih secara rawak hasil jualan tiket amal. -Gambar: Instagram/@doctor.mike
MIKHAIL Varshavski – atau lebih dikenali sebagai Dr Mike di Instagram – akan melelong dirinya sendiri untuk amal.
Dr Mike yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram akan makan malam bersama seorang wanita yand dipilih secara rawak hasil jualan tiket.
Pemegang tiket bertuah itu akan diterbangkan ke New York dan makan malam bersama Dr. Mike di sebuah restoran bertaraf Michelin Star.
Ia merupakan kempen bersama aplikasi mencari jodoh, Coffee Meets Bagel.
#Coffee Meets Bagel #Dr Mike #Instagram #Mikhail Varshavski