Pereka fesyen Indonesia tampil elemen Afrika

Bernama
November 6, 2012 01:18 MYT
Pereka fesyen muda dari Indonesia, Dian Wahyu Utami menarik perhatian ramai dengan menampilkan elemen Afrika bertemakan 'Queen of Giza' di Festival Busana Muslim (IFF) Kuala Lumpur.
Beliau mempamerkan busananya dengan memulakan persembahan seorang 'puteri' diusung ke pentas, dan mengetengahkan busana berbentuk kaftan dengan aksesori menarik menggunakan kain sifon.
Dian yang lebih dikenali sebagai Dian Pelangi merupakan antara 45 pereka dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menyertai festival itu yang bertemakan 'Hakuna Matata' atau 'Jangan Bimbang' yang berlangsung selama lima hari hingga Jumaat ini.
Antara pereka fesyen terkenal yang turut serta termasuk Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Radzuwan Radziwill dan Melinda Looi, dari Malaysia; sementara Dian Pelangi dan Paul Ropp dari Indonesia; dan Jaipore Jewels dari Singapura.
Turut berangkat Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
#Dian Wahyu #IFF #Radzuwan Radziwill #Tom Abang Saufi