Penting! Pertimbangkan 5 benda wajib dalam beg tangan anda
Haikal Raman
Ogos 8, 2021 12:43 MYT
Ogos 8, 2021 12:43 MYT
TAS tangan merupakan aksesori wajib bagi wanita selain menjadi antara simbol mentafsirkan kelas fesyen mereka.
Namun, apa yang sepatutnya ada dalam beg tangan wanita selain lipstik, kad kredit dan kunci rumah?
Tambah-tambah lagi dalam norma baharu ini, banyak item yang perlu anda sediakan sebelum keluar rumah sekaligus mampu mengurangkan risiko dijangkiti.
Teruskan membaca artikel ini dan lihat lima benda wajib bagi dimuatkan dalam tas tangan wanita.
Tisu basah
Tisu basah merupakan benda yang sangat praktikal dalam menjaga kebersihan tangan dan membersihkan permukaan sering dikongsi termasuk butang lif serta nozel pam di stesen minyak.
Bagi membasmi virus, kita perlukan tisu disinfektan dengan kandungan alkohol (biasanya etanol) antara 45 hingga 95 peratus. Kadar tersebut juga sama dengan hand sanitizer dan menjadikan kedua-duanya berkesan dalam membasmi virus.
Dapatkan tisu basah Alcosm dengan kandungan 75 peratus alkohol.
Mask keeper
Tidak hanya mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda itu penting tetapi cara menjaganya juga perlu diambil penekanan.
Rata-rata kalau kita lihat di kedai makan, ramai yang meletakkan pelitup muka di atas meja yang tidak diketahui tahap kebersihannya.
Pada permukaan yang terdedah seperti itu selain meja yang dikongsi bersama pelanggan lain, kita sendiri perlu mengambil pendekatan mencegah daripada risiko dijangkiti.
Kami sangat sarankan untuk anda bawa sekali dan gunakan mask keeper bagi menjaga atau menyimpan pelitup muka anda dengan baik.
Penjagaan oral
Meskipun memakai pelitup muka, ia bukan ‘diskaun’ untuk anda tidak menjaga kebersihan oral. Ia sangat perlu diutamakan selain dapat melindungi kesihatan gusi.
Kami sangat sarankan untuk anda pastikan Listerine PocketPaks Cool Mint Oral Care Strips sentiasa ada dalam tas tangan anda.
Sekiranya berasa renyah memberus gigi selepas menikmati sajian tengahari di pejabat (mahupun work from home), cuba kemam produk dari listerine ini untuk nafas sentiasa segar sepanjang hari.
Bukan hanya itu, ia juga disarankan juga kepada lelaki yang sering merokok (sudah-sudahlah merokok tu) untuk kesihatan dan kesegaran oral.
Face mist
Face mist sangat penting dalam memastikan wajah kekal segar selain berfungsi dalam meningkatkan hidrasi kulit. Tambahan pula bekerja dalam ruang dengan fasiliti penghawa dingin dan cuaca luar rumah yang panas ketika ini, hidrasi kulit sangat penting.
Face mist juga membantu dalam mengurangkan kulit sensitif seperti kemerah-merahan dan kegatalan menerusi manfaat bahan asli anti keradangan yang terdapat dalam kandungannya.
Dapatkan pelbagai face mist mengikut preference anda di Sephora.
Bahan bacaan
Wanita yang heteroseksual tidak akan menghabiskan masa dengan hanya bersembang kosong, sebaliknya lebih memilih manfaat masa itu diluangkan dengan membaca.
Bahan bacaan tidak spesifik, asalkan ia berbentuk ilmiah dan mampu merangsang pemikiran kritikal dalam dunia sofistikated ini.
Peruntukkan masa anda untuk memilih bahan bacaan dan luangkan waktu dengan ilmu di Kinokuniya.
Tampil bergaya dengan fesyen dan pilihan tas tangan anda sambil memuatkannya dengan item-item bermanfaat ketika berurusan diluar.
Stay safe love!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
#StaySafe
#TasTangan
#5ItemWajib
#Alcosm
#PembasmiVirus
#MaskKeeper
#PenjagaanPelitupMuka
#LiterinePocketPaks
#PenjagaanOral
#Sephora
#HidrasiWajah
#FaceMist
#Kinokuniya
#ManfaatBahanBacaan