Penjagaan oral terbaik, Zenyum-an kini lebih manis
Haikal Raman
Oktober 9, 2021 08:00 MYT
Oktober 9, 2021 08:00 MYT
SIAPA yang tidak mengimpikan barisan gigi yang tersusun dan menawan? Ini kerana imej menentukan pandangan pertama (first impression) individu, jadi ia amat penting.
Tidak hanya melibatkan nafas yang segar, susun atur gigi turut melengkapkan kesempurnaan Zenyum-an dan manisnya wajah seseorang.
Untuk artikel kali ini, kami akan bincangkan penjagaan oral termasuk satu alternatif klinikal yang cukup inovatif iaitu pendakap gigi lut sinar daripada Zenyum (Dapatkan disini).
Membawa konsep rawatan lebih ringkas dan mesra gaya hidup semasa, rekaan pendakap gigi Zenyum yang lut sinar ini menjadi alternatif kepada kaedah tradisional, pendakap gigi logam.
Pendakap gigi lut sinar, inovasi mesra gaya
Boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah, pendakap gigi Zenyum dapat membantu proses menjajarkan gigi… sama hasilnya seperti pendakap gigi logam.
Acuan pendakap ini juga memberi tekanan yang konsisten pada gigi dan dapat diluruskan secara teliti dari semasa ke semasa.
Proses bagi rawatan ini juga sangat mudah iaitu anda hanya perlu mendapat konsultasi pertama seterusnya melalui pemantauan dari semasa ke semasa hingga akhir rawatan.
Ditawarkan pakej rawatan ZenyumClear Aligners dan ZenyumClear Plus Aligners, anda mampu memiliki senyuman yang sempurna dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
Senyuman ‘sihat’, nafas lebih segar
Beri kesihatan oral anda ‘layanan’ yang baik dengan menggunakan berus gigi ZenyumSonic (Dapatkan di sini) untuk senyuman lebih manis dan nafas lebih segar.
Dengan getaran lebih 33,000 kali dalam tempoh seminit, berus gigi bersama kecekapan ultra ini dicipta 10 kali ganda lebih laju berbanding berus gigi elektrik biasa.
Ia hadir dengan tiga mod berbeza mengikut keperluan anda termasuk membersihkan, perlahan (gentle) dan memutihkan.
Bahagian berus bersama ciri pelbagai fungsi serta dilengkapi pembersih lidah dapat memastikan anda membersihkan oral lebih daripada sekadar memberus.
ZenyumSonic turut mempunyai ciri pemasa (timer) dua minit automatik dengan 30 saat peringatan (reminder) bagi memastikan anda hanya memberus dalam tempoh masa disarankan oleh doktor gigi.
Notifikasi tahap bateri dan pengecasan tanpa wayar memudahkan pengguna memastikan ZenyumSonic terus boleh digunakan mengikut jadual memberus gigi harian anda.
Dapatkan senyuman yang menawan dengan Zenyum!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.