Pengkaji AS bangunkan peranti vaksin HIV

AFP RELAXNEWS
Mei 13, 2013 10:00 MYT
Pengkaji Amerika Syarikat (AS) telah membangunkan satu kaedah kajian bagi mengenalpasti antibodi yang boleh mengekang penularan HIV, virus penyebab penyakit AIDS.
Laporan yang diterbitkan dalam sebuah jurnal sains menjelaskan saintis di Institut Alergik dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan telah menjalankan kajian kepada individu yang dijangkiti HIV dan kualiti virus darahnya menunjukkan 'kuasa peneutralan'.
Peranti baru itu membolehkan saintis mengenalpasti dengan tepat sampel antibodi yang diberikan dengan menganalisis kebarangkalian virus HIV yang boleh dineutralkan.
Alat berkenaan dikenali sebagai peneutral cap jari yang menggunakan kaedah algoritma matematik bagi memeriksa data majmuk HIV bNAbs (peneutralan antibodi semulajadi) yang dijana beberapa tahun lalu.
Peneutralan cap jari antibodi HIV membenarkan saintis mengenalpasti kebarangkalian virus itu dapat disekat dan peratusan keberkesanannya.
Kaedah sebelumnya berjaya memberi maklumat sama namun agak perlahan dan sangat sukar," menurut pengkaji.
#AIDS #antibodi #peneutralan #Pengkaji AS #penularan HIV #virus
;