Penggunaan bahasa 'sampah' pada tajuk novel menjengkelkan netizen
Madiha Abdullah
November 26, 2015 15:25 MYT
November 26, 2015 15:25 MYT
Ada satu trend yang wujud dalam industri penerbitan novel di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain daripada konsep dan jalan cerita yang hampir sama, trend tajuk yang catchy juga menjadi pilihan.
Namun, ada sesetengah tajuk yang digunakan beberapa penulis membuatkan ramai pembaca menggeleng kepala.
Mungkin tabiat mereka yang terlalu fokus untuk memastikan tajuk novel mereka menonjol dan senang diingati, menyebabkan muncul tajuk-tajuk novel yang agak menjengkelkan dan tidak dapat diterima akal.
Lihat beberapa tajuk di bawah ini:
Bang Guard, Security Hatiku
Imamku, Mr. Kimchi
Encik Suamiku Hipster
My Sewel Guy
Awekku Minah Latah
Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!
Tinjauan di laman sosial juga mendapati ramai yang nampaknya berpendapat sekalipun tajuk bukan representasi terbaik isi kandungan novel, ia tetap penting dalam memberikan tanggapan pertama sekaligus menjadi kayu pengukur kualiti novel.