Pengguna media sosial yang hadir guna #ILMFEST kongsi ilmu
Shamil Hizamie
Mei 17, 2015 19:42 MYT
Mei 17, 2015 19:42 MYT
Dikala krisis pelarian Rohingya, isu selfie konvokeyen UiTM dan Steven Gerrard menjadi topik perbualan hangat di Twitter, #ilmfest turut mula mendaki senarai trending di Malaysia.
IlmFest merupakan satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh Institut AlMaghrib dari Amerika Syarikat. Persidangan agama selama dua hari bermula 16 hingga 17 Mei ini menampilkan para ilmuan Islam yang dipanggil Shuyukh bagi memberikan ceramah.
Acara keagamaan ini pernah diadakan di serata Amerika Syarikat, Kanada, Kuwait, Filipina, Denmark dan banyak lagi di seluruh dunia.
Malaysia bertuah kerana terpilih untuk menjadi salah satu lokasi persidangan IlmFest yang dihoskan oleh Boonaa Mohammed.
IlmFest yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre ini dihadiri hampir 3,000 penonton yang sedia menanti sejak jam 9 pagi.
Hampir 10,000 tweet mengenai IlmFest membanjiri laman Twitter. Rata-ratanya berkongi pengisian yang mereka peroleh dari para Shuyukh yang berucap.
Para selebriti turut tidak terkecuali menghadiri persidangan yang mengelilingi dunia ini.