Pengguna iPad kecewa kekurangan papan kekunci, Microsoft Office

AFP RELAXNEWS
Mei 8, 2013 02:27 MYT
Pengasas bersama Microsoft Bill Gates berkata sejajar perubahan zaman tablet lebih mendahului berbanding komputer dan pengguna iPad berharap peranti mereka mempunyai papan kekunci supaya perisian Microsoft boleh digunakan.
Bercakap kepada Squawk Box CNBC pada hari Isnin, Gates berkata apabila ditanya mengenai masa depan komputer peribadi, bahawa had antara komputer tradisional dan tablet akan ke tahap di mana ia menjadi mustahil untuk membezakan di antara satu sama lain melalui Windows 8.
Microsoft bersedia untuk mengambil kesempatan: "Windows 8 adalah satu revolusi di mana ia mengambil manfaat daripada tablet dan faedah sebuah komputer dan ia mampu untuk menyokong kedua-duanya, sekiranya anda mempunyai Surface Pro anda telah memperoleh kemudahalihan tablet tetapi kekayaan dari segi papan kekunci komputer Microsoft Office."
Beliau mengkritik Apple pesaing Microsoft, mendakwa disebalik kejayaan tablet jenama tersebut (lebih dari 142 juta jualan sejak pelancaran iPad), ramai pengguna “peranti jenis iPad” “kecewa” kerana tablet mereka bukan Windows PC.
Gates juga berpendapat Microsoft akan memperoleh saham dalam pasaran yang dikeluarkan Apple kerana “Ramai pengguna (iPad) kecewa. Mereka tidak boleh menaip, mereka tidak boleh menghasilkan dokumen dan tiada Microsoft Office. Jadi, kami akan menyediakan sesuatu dengan kemudahan yang telah mereka lihat yang menjadikan (tablet) tersebut satu kategori yang besar, tanpa melepaskan apa yang diharap dari sebuah computer.”
Pada saat ini tiada aplikasi Microsoft Office iPad dan tiada berita tentangnya dihasilkan: keengganan syarikat untuk menawarkan pilihan tersebut pada platform lain dan mungkin merosakkan jualan utama tablet sendiri - hakikatnya ia di pasang siap dengan Microsoft Office – di dalam proses.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis Apple dan papan kekunci tanpa wayar dan sarung papan kekunci (seperti yang terdapat pada Microsoft Surface Pro) disediakan kepada pengguna iPad.
#Apple #Bill Gates #iPad #microsoft 8 #Microsoft Office