NYATA, umur bukanlah penghalang untuk seseorang mencapai impiannya.
Berbekalkan keazaman yang tinggi, Aini Mydin, 60 tahun mengembara secara solo dari kota London ke Kuala Lumpur selama dua bulan dengan menaiki keretapi.
Semangat pengembaraan itu, menurut Aini, tercetus selepas pemergian adiknya pada usia 60 tahun.
“Saya ingin melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyambut hari ulang tahun saya yang ke-60,” kata Aini, yang sudah lama menetap dan bekerja di London.
Pada awalnya, Aini mengakui merasa gentar dan tidak pasti sama ada dia benar-benar mempunyai kekuatan mental untuk mengembara secara solo.
Apatah lagi, Aini mengalami kecederaaan di lutut dan terpaksa memakai alat bantuan prostetik.
“Saya memang tidak menyukai perasaan sunyi sepi. Walaupun rasa takut, saya mahu mengatasi perasaan itu dengan melakukan pengembaraan ini.”
Dari London, Aini menaiki keretapi Eurostar ke Jerman, dan seterusnya ke Rusia. Di sana, dia menaiki keretapi ke Beijing, China melalui Trans-Siberia, laluan keretapi paling panjang di dunia.
Bukan perkara mudah untuk berkelana seorang diri ke Rusia, kata Aini. Dia menceritakan insiden dibuli pengembara lain kerana tidak memahami dan bertutur bahasa Rusia.
“Mereka sengaja menyorok bagasi saya,” kata Aini.
Beliau turut mendakwa ditipu oleh sindiket teksi palsu ketika penjelajahan ke Shanghai. Dia hampir berputus asa apabila mendapati hostel yang didudukinya merupakan ‘hotel pelacuran’ dan rakan yang berjanji untuk membantunya tidak muncul.
“Ia merupakan malam sebelum Hari Raya. Saya berasa sangat sedih sekali,” kata Aini.
“Saya hampir-hampir beli tiket penerbangan untuk pulang. Namun, saya memberitahu diri bahawa saya perlu nekad menamatkan pengembaraan ini.”
Selepas melalui perjalanan 18,200km menerusi 10 laluan keretapi, Aini akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada September 2016.
Apa yang membanggakan lagi, warga Pulau Pinang ini memakai jersi Harimau Malaya apabila tiba di setiap destinasi.
Segala pengalaman pahit dan manis Aini diceritakannya dalam buku ‘Aini’s Railway Odyssey’. Buku yang diterbitkan oleh Gerak Budaya itu kini dijual kepada orang ramai.
‘Mesej saya kepada sesiapa yang ingin mengembara, penjelajahan apa-apa pun, sama ada melalui keretapi atau tidak, merupakan satu penjelajahan untuk mengenali diri sendiri.”
“Mungkin ada yang berpendapat, saya terlalu berusia untuk melakukan pengembaraan ini. Namun, saya mahu buktikan umur bukan penghalang untuk mengecapi impian.”
Cynthia Ng
Mon Mar 25 2019
Aini Mydin mengakui pada mulanya beliau gentar untuk memulakan eksplorasi solo berkenaan. - Foto Aini Mydin
Agenda AWANI: Andalan 2025 | #ASEAN25 bangkit bersama
Malaysia secara rasmi menjadi Pengerusi ASEAN untuk tahun 2025. Apa komitmen, wawasan dan cabaran bagi kepengerusian blok ekonomi terbesar dunia ini? #ASEAN25 9 malam ini
Usaha berterusan didik masyarakat kawal kewangan
Syarikat penyedia insurans dan takaful, Sun Life Malaysia berazam untuk meneruskan usaha mendidik rakyat Malaysia untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak.
Bomba Pasir Mas tingkat siap siaga
Pasukan bomba dan penyelamat Pasir Mas diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang gelombang banjir susulan.
Walaupun daerah tersebut diisytihar bebas banjir sejak beberapa hari lepas, Pasir Mas cenderung menerima aliran air dari Rantau Panjang, yang masih dilanda banjir setakat ini.
Luqman Hariz melaporkan dari Pasir Mas, Kelantan.
Walaupun daerah tersebut diisytihar bebas banjir sejak beberapa hari lepas, Pasir Mas cenderung menerima aliran air dari Rantau Panjang, yang masih dilanda banjir setakat ini.
Luqman Hariz melaporkan dari Pasir Mas, Kelantan.
Bukan sahaja bimbang air naik, penduduk diancam gajah
Penduduk bimbang ancaman gajah masuk kampung dan kenaikan air mendadak di waktu malam.
Agenda AWANI: Andalan 2025: Tumpu reformasi ekonomi
Tahun 2025 menyaksikan reformasi ekonomi diteruskan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95, gaji minimum dinaikkan RM1700 dan gaji progresif dilaksanakan sepenuhnya, selain tumpuan ekonomi digital, teknologi hijau dan Ai. Diskusi 8.30 malam.
Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac
Singapura akan menurunkan tarif bil elektrik dan gas pada Januari hingga Mac ini susulan kadar tenaga dan bahan api yang lebih rendah.
[INFOGRAFIK] Takrifan semula pendapatan isi rumah
Berikut adalah info berkenaan dengan takrifan semula pendapatan isi rumah.
JPJ lancar operasi tahan warga asing di sempadan
JPJ menggerakkan operasi khas Ops Tunggak di empat negeri sempadan Malaysia-Thailand, untuk menahan kenderaan asing bermula 1 Januari 2025.
[TERKINI] X tidak capai 8 juta di Malaysia
X memaklumkan bahawa jumlah penggunan di Malaysia tidak mencapai nilai ambang iaitu lapan juta pengguna, tidak dapat kemukakan permohonan lesen beroperasi di Malaysia.
Penduduk bina 'Jambatan DIY' hubungkan rumah dan jalan raya
Keadaan terdesak kadang kala menyerlahkan sisi kreatif manusia dan seorang manbgsa banjir mengambil inisiatif dengan membina sendiri jambatan dari pintu hadapan rumah sehingga ke jalan raya.