'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan

Madiha Abdullah
Mei 17, 2016 17:41 MYT
Nor Hamidi akan mengagihkan sarapan percuma selama seminggu.Foto/FB D'Rias Bridal
APABILA seorang lelaki berpakaian pengantin dilihat mengagihkan makanan di tepi jalan, perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran adalah makanan kenduri yang berlebihan untuk dikongsi bersama orang ramai.
Namun sangkaan itu sama sekali jauh meleset
Lelaki berpakaian pengantin yang lengkap bertanjak itu sebenarnya bukanlah raja sehari, sebaliknya seorang pemilik butik pengantin.
Foto-foto Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, yang mengagihkan sarapan di tepi jalan di Kelantan, menjadi perkongsian hebat di laman sosial sejak Ahad lalu.
Nor Hamidi merupakan pemilik butik D'Rias Bridal, Kok Lanas.
Menerusi status yang dimuat naik ke Facebook, Nor Hamidi memaklumkan apa yang dilakukannya itu sebagai tanda kesyukuran dan mahu berkongsi rezeki selepas perniagaannya mencatatkan keuntungan.
Dia yang masih bujang memulakan pengagihan sarapan percuma pada Ahad lalu dan akan berterusan selama seminggu.
#Kelantan #makanan percuma #Pengantin #Sarapan
;