Pengalaman makanan dan fesyen gaya Jimmy Choo

AFP
Mac 11, 2013 17:25 MYT
Pereka kasut lagenda, Jimmy Choo buat pertama kalinya berkolaborasi bersama Mandarin Oriental Hong Kong untuk menawarkan gabungan keenakkan pastri dan fesyen.
Bermula April 2013, pengunjung ke hotel itu boleh menikmati kek yang direka oleh Jimmy Choo dan menyaksikan koleksi kasut 24/7.
Ini disusuli pada 5 Mei pula, apabila pelanggan hotel dapat menikmati hidangan kek yang diilhamkan oleh koleksi hidangan musim luruh/panas 2013 Jimmy Choo berharga €25 bersamaan RM102 seorang.
Pengunjung juga dapat menikmati susu coklat tumit tinggi berisi lemon, beg kecil yang dipenuhi coklat putih, coklat raspberi, pencuci mulut ros, lolipop makarun perasa mangga, krim buah-buahan dan banyak lagi.
Bermula 2-7 April, pengunjung boleh mendapatkan tawaran penginapan "Jimmy Choo L900" dengan harga €1,150 bersamaan RM4,651 seorang untuk satu malam.
Selain hidangan kek dan bilik mewah, pelancong boleh mendapatkan sepasang kasut koleksi 24/7 Jimmy Choo dengan harga €487 bersamaan RM1,970 dari butik hotel.
#Jimmy Choo #Mandarin Oriental Hong Kong
;