Pencinta alam sekitar berang hidupan laut jadi bahan mainan

Madiha Abdullah
Julai 6, 2015 17:01 MYT
Tindakan menyentuh dan menaikkan hidupan laut untuk diambil gambar disifatkan keterlaluan.
Keterlaluan! Itu reaksi netizen terhadap tindakan tidak bertanggungjawab penyelam yang bukan sahaja mengambil gambar, tetapi juga menaikkan dan menyentuh hidupan marin.
Aktiviti menyelam atau diving itu dikendalikan oleh Singamata Adventures and Reef Resort, Sabah dan orang ramai mempersoalkan tindakan resort berkenaan membenarkan aktiviti sedemikian berleluasa.
Untuk makluman, peraturan aktiviti menyelam tidak membenarkan penyelam menyentuh dan memegang, apa lagi menaikkan hidupan marin untuk diambil gambar.

@singamata Hope you are ashamed. Marine life is to be respected not mauled. This is an outrage #scuba pic.twitter.com/EPA5C5lPna

— LeeLeeBee (@Elsieb66) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Do not patronize @singamata when they allow their guests to do this! @PADI are you paying attention? pic.twitter.com/rcQvRyt065

— Alan Abonyi (@tropicsdiver) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Shame on @singamata for allowing staff and guests to mistreat wildilfe. Shame on @PADI for accrediting this resort.

— Alan Abonyi (@tropicsdiver) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Elsieb66 @divebot @singamata we should near-drown some humans so marine life can take pictures with them ccp @_AnimalAdvocate

— Marco Valera (@marco_valera) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai yang meminta agar tindakan berat diambil terhadap resort tersebut.
Dalam kenyataannya di Facebook, Singamata Adventures and Reef Resort berkata pihaknya kesal dengan kejadian tersebut dan berjanji akan mengumumkan hasil siasatan kejadian itu kepada umum.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun dalam kenyataannya di laman Twitter pula mengesahkan bahawa pihaknya telah meminta agar pegawai Hidupan Liar Semporna mengemukakan laporan kejadian tersebut.

@AlRashidZulkefl @sultanmuzaffar : pegawai Hidupan Liar Semporna telah diminta mengemukakan laporan segera kpd Pengarah beliau.

— Masidi Manjun (@MasidiM) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@AlRashidZulkefl @sultanmuzaffar : terima kasih diatas keprihatinan & kerjasama sdr2. Kita sama2 berganding bahu membenteras nya

— Masidi Manjun (@MasidiM) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#alam sekitar #hidupan laut #selam skuba
;