Peminat bubble tea ada masalah keyakinan diri? Ini dakwa pakar Jepun
Gempak
Mei 17, 2019 18:00 MYT
Mei 17, 2019 18:00 MYT
KEHADIRAN air minuman berasaskan bubble tea telah mencetuskan fenomena yang besar di Malaysia. Satu persatu jenama muncul dengan pelbagai citarasa yang berbeza-beza dan unik.
Malah orang ramai sanggup untuk beratur panjang demi mendapat air bubble tea kegemaran mereka.
Namun, di sebalik ketaksuban ini tahukah anda individu yang obses dengan minuman manis ini mempunyai kaitannya dengan tahap keyakinan diri mereka?
Perkara ini telah didedahkan oleh wakil pengarah daripada syarikat perundingan di Jepun, Moeko Ohno.
Menurut Moeko, yang memetik laporan portal Mothership.sg, individu yang membeli bubble tea serta minuman manis mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah berbanding mereka yang tidak.
"Ini kerana mereka yang perlu mengambil kira pandangan rakan sebaya untuk tidak kelihatan seperti ketinggalan. Pandangan rakan sebaya amat penting bagi mereka.
"Dalam bahasa ringkasnya, jika semua orang mahukan bubble tea, mereka juga perlu membeli minuman itu," katanya.
Jadi adakah anda bersetuju dengan pendapat pakar ini? Tepuk dada tanya selera!