Pembedahan jantung: Penyumberluaran mampu singkatkan tempoh menunggu
Nursyazwani Saiful Sham
Februari 18, 2021 11:00 MYT
Februari 18, 2021 11:00 MYT
KUALA LUMPUR : UiTM Private Specialist Hospital dipilih sebagai salah sebuah hospital swasta untuk penyumberluaran (outsourcing) pesakit yang memerlukan pembedahan jantung khasnya daripada Hospital Serdang.
Melalui MyHeartBeat Project dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit yang dihantar ke UPSC berpeluang untuk melalui pembedahan jantung dengan penjanaan pembedahan sepenuhnya daripada KKM.
Selain itu, menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Pakar Bedah Kardiothorasik, Prof Dr Zamrin Dimon, proses ini juga memendekkan tempoh menunggu bagi pembedahan jantung di hopsital kerajaan dan mendapatkan rawatan yang berkualiti walaupun bayaran ditanggung sepenuhnya.
Mengulas lanjut, antara proses utama yang perlu dilengkapkan pesakit adalah dengan mendapatkan surat rujukan daripada pakar Hospital Serdang.
"Dari segi proses, projek ini adalah inistiaf untuk kurangkan masa menunggu peskait jantung yang ingin melakukan pembedahan bypass daripada Hospital Serdang, jadi pesakit-pesakit ini mesti ada dalam senarai pesakit-pesakit di hospital itu.
"Kami ada bermesyuarat dan mengaturkan projek ini dengan baik dan yang penting adalah surat rujukan daripada pakar bedah atau pakar kardiologi Hospital Serdang, untuk rujuk pesakit ini kepada UPSC.
"Jadi dengan surat rujukan itu, mereka layak untuk mendapatkan pengecualian pembayaran UPSC, dan kemudian akan dapatkan rawatan di sini dan selalunya masa menunggu lebih singkat mengikut keadaan pesakit," katanya menerusi program AWANI Pagi pada Khamis.
Pembedahan jantung: Penyumberluaran mampu singkatkan tempoh menunggu
Pada masa sama, Zamrin memberi jaminan bahawa UPSC berupaya untuk merawat pesakit jantung selepas Fakulti Perubatan UiTM melakar sejarah sebagai fakulti perubatan berwawasan inovasi teknologi pertama di Asia Tenggara, yang memperkenalkan Institut Penyelidikan Jantung, Vaskular dan Paru-Paru.
AWANI Pagi: Penyumberluaran pesakit jantung Hospital Kerajaan ke UPSC
#UiTM
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#perubatan
#pembedahan jantung
#UPSC
#Prof Dr Zamrin Dimon