Pelangi bertahan selama sembilan jam, bakal pecah rekod Guinness

Madiha Abdullah
Disember 6, 2017 07:38 MYT
Satu jalur pelangi yang muncul di Taipei, Taiwan didakwa mencatat rekod tersendiri apabila bertahan selama hampir sembilan jam. FOTO/Twitter Taiwan News
KITA biasa melihat fenomena pelangi yang disebabkan oleh pantulan, biasan dan penyebaran cahaya dalam titisan air.
Pelangi yang biasa dilihat muncul hanya dalam tempoh beberapa minit.
Namun satu jalur pelangi yang muncul di Taipei, Taiwan pada Selasa lalu, mencatat rekod tersendiri apabila didakwa bertahan selama hampir sembilan jam.
Menurut kenyataan daripada Chinese Cultural University, Taipei, mereka akan menghantar bukti kewujudan pelangi itu untuk disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness.
Prof Chou Kun-hsuan, pensyarah Jabatan Sains Atmosfera di universiti berkenaan, rakaman menunjukkan pelangi itu bertahan selama lapan jam 58 minit, iaitu bermula jam 6.57 pagi sehingga 3.15 petang.

Another awesome video of the world's longest-lasting #rainbow seen in #Taiwan last week https://t.co/zwAc6g3RJN pic.twitter.com/YsJFUPMJgX

— Taiwan News (@TaiwanNews886) December 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika disahkan, ia akan memecahkan rekod sebelum ini, di mana jalur pelangi muncul di Yorkshire, England, dan bertahan selama enam jam.
Kewujudan pelangi yang bertahan untuk tempoh yang lama di Taiwan dikatakan berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung, menurut laporan The Guardian.
#Guinness World of Records #pelangi #Rekod #Taiwan
;