Pelajar di India kenang Ravi Shankar (Video)

Astro Awani
Disember 14, 2012 08:25 MYT
Para pelajar Institut Muzik milik Ravi Shankar di New Delhi, India mengadakan sebuah majlis khas untuk mengenang pemain sitar terkemuka dunia itu.
Shankar menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di sisi isteri dan anaknya Anoushka.
Shankar meninggal dunia akibat masalh jantung dan gangguan pernafasan.
Sepanjang penglibatannya, Shankar banyak mempromosikan muzik klasik India di Barat.
Selain Anoushka yang mengikut jejaknya bermain sitar, dia juga bapa kepada pemenang Anugerah Grammy Norah Jones.
#Anoushka #Norah Jones