Peguam belanja RM24 juta sambut hari jadi anak gadis!

Madiha Abdullah
Mac 13, 2016 21:47 MYT
Ulang tahun ke-15 Maya Henry diraikan secara besar-besaran. Foto Sugarpop
SEORANG bapa tidak kisah dengan kritikan sesetengah pihak apabila dia mengadakan majlis hari jadi mewah untuk anak perempuannya.
Thomas J.Henry, seorang peguam dari Texas, Amerika Syarikat, sanggup berbelanja sebanyak AS$6 juta (RM24 juta) untuk meraikan hari ulang tahun ke-15 anak perempuannya, Maya.

Father spends $6 million on 15-year-old daughter birthday party: Maya Henry with her birthday cake By: Wayne... https://t.co/nnrHJVSNLx

— Victor Peñafiel R (@vhfiel) March 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumlah besar yang dikeluarkan menjadikan majlis itu sebutan netizen, yang majoritinya berpendapat ia sebagai satu pembaziran.
Namun dalam laporan portal berita Daily Mail, Henry memberitahu majlis itu dibuat atas dasar kasih sayang dan mahu meraikan transisi anak gadisnya itu ke alam dewasa.

Maya Henry, 15, was thrown a six million dollar birthday party by her father, lawyer Thomas J Henry. The teena... https://t.co/WH4dMfov2B

— Yes! (@OPSYCHEDELIC) March 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Majlis yang diadakan dalam sebuah khemah yang dibina khas bersaiz 55,000 kaki di San Antonio, Texas, dan dihadiri kira-kira 600 orang tetamu.

A photo posted by Maya Henry (@maya_henry) on

Maya mengenakan dua persalinan gaun hasil rekaan pereka terkemuka, Ronaldo Santana selain mendapatkan khidmat jurumekap peribadi Kim Kardashian, Patrick Ta untuk menata riasnya.
#hari jadi #Maya Henry #Thomas J.Henry #viral
;