PCMC antara hospital terbaik dunia bagi pelancongan perubatan
Bernama
April 16, 2018 04:30 MYT
April 16, 2018 04:30 MYT
Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) telah dinobatkan oleh pihak Medical Travel Quality Alliance (MTQUA) sebagai antara hospital terbaik dunia bagi pelancongan perubatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Chong Yee Mun berkata hospital berkenaan berada dalam senarai 10 hospital terbaik itu sejak 2013.
Menurutnya, pihak MTQUA membuat kenyataan itu dalam siaran media mengumumkan senarai Hospital Terbaik Dunia Bagi Pelancong Perubatan 2018.
Pengumuman yang dibuat pada 7 Mac lepas adalah bersempena penganjuran Internationale Tourismus-Borse Berlin yang merupakan platform pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia.
"Kami akan terus berusaha menawarkan penjagaan pesakit secara berkualiti di samping memberi tumpuan kepada keselamatan pesakit," kata Chong.
MTQUA adalah sebuah pertubuhan bebas antarabangsa yang diasaskan pada 2009 bagi menggalakkan penjagaan serta rawatan selamat dan berkualiti bagi pelancong perubatan.
-- BERNAMA
#Chong Yee Mun
#Hospital
#Medical Travel Quality Alliance
#MTQUA
#PCMC
#pelancongan
#pelancongan perubatan
#perubatan
#Pusat Perubatan Prince Court