PAU2017: Saya dah kurus, anda bila lagi? - Mas Ermieyati
Harits Asyraf Hasnan
Disember 9, 2017 11:20 MYT
Disember 9, 2017 11:20 MYT
Pasti ada antara kita mengimpikan tubuh badan yang cantik dan 'sado'. Tapi itu tidak cukup jika gagal mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) ini, Ketua Puterinya, Datuk Mas Ermieyati nampak lain dari tahun sebelum ini.
Jika anda jarang jumpa dan lihat beliau, pasti 'cair' kerana poster dan realiti berbeza.
Realitinya, beliau kelihatan lebih langsing dan mempersonakan dari setahun yang lalu.
Rahsianya, tidak makan nasi sejak hampir setahun lalu.
"Saya taknak kongsi lagi, tapi saya akan kongsi lepas capai sasaran saya.
"Saya dah hampir 12 bulan tidak makan nasi dan saya jaga makan dan banyak minum air suam.
"70 peratus jaga makan dan 30 peratus latihan. Saya tunggu juga kawan-kawan Astro Awani untuk 'join the club'," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Laman Media sempena PAU 2017.
Malah, beliau turut mengadakan latihan dengan jurulatih kecergasan persendirian.
#cantik
#jurulatih kecergasan
#Ketua Puteri
#Mas Ermieyati
#Mas Ermieyati kurus
#PAU 2017
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#tak makan nasi
#UMNO
#UMNO4 0