Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Agensi
Julai 4, 2022 09:30 MYT
Julai 4, 2022 09:30 MYT
SEKTOR pelancongan adalah antara yang paling teruk terjejas semasa pandemik COVID-19, menyebabkan bukan sahaja syarikat tetapi juga ekonomi yang dipacu industri pelancongan terjejas teruk akibat sekatan perjalanan.
Ketika dinamik permintaan semakin berubah serta peluang dan risiko masa depan, sektor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.
Trend terkini industri pelancongan
1. Percutian bersama rakan dan keluarga (VFR) kini menjadi keutamaan bagi mereka yang sudah lama tidak berhubung dan berjauhan.
2. Percutian pelbagai guna atau campuran. Memandangkan perhubungan secara digital boleh diakses, ramai yang mempunyai keupayaan untuk bekerja dari mana sahaja, membolehkan pengembara melakukan pelbagai perkara, seperti bercuti dan melakukan urusan perniagaan dalam masa yang sama. Tempoh perjalanan dan percutian juga akan lebih lama.
3. Fokus pada keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan bagi pelancong. Semua perjalanan dan percutian kini mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan.
4. Kenaikan dalam tempahan lewat kerana sekatan perjalanan boleh berubah dalam masa yang singkat dan itu memberi kesan kepada keputusan pengembara. Ini memberi tekanan kepada industri dari segi perancangan dan jangkaan turun naik permintaan.
Kepentingan pelancongan berasaskan komuniti
Orang ramai mencari pengalaman bercuti dalam negara dan menghabiskan lebih banyak masa dengan masyarakat setempat. Konsep pelancongan berasaskan komuniti menjadi teras dengan memastikan komuniti diperkasakan serta mendapat manfaat.
Bagi pengembara, pengalaman sebegini amat berharga. Mereka tidak berada di lokasi yang sesak dan jika aktiviti dirangka dengan betul, ia akan menjadi menyeronokkan dan satu bentuk warisan budaya. Kerajaan juga boleh terlibat dalam pembangunan ekonomi secara lebih meluas.
Teknologi dan inovasi memanfaatkan sumber budaya
Tempahan secara dalam talian menjadi pilihan, justeru komuniti pelancongan perlu disokong untuk mendigitalkan sistem mereka. Pendidikan dan peningkatan kemahiran adalah penting supaya mereka boleh memanfaatkan platform digital bagi memasarkan produk.
Kekurangan buruh dan pengambilan semula tenaga kerja
Majikan dan pengusaha perlu fokus kepada keadaan, penjadualan, keseimbangan kerja dan kehidupan. Apabila sektor pelancongan pulih, ia memerlukan masa untuk membawa pekerja baharu dan melatih mereka untuk mengambil alih tempat pekerja yang telah berhenti kerja.
* Pandangan Sandra Carvao, Ketua Perisikan Pasaran dan Daya Saing di Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) & Liz Ortiguera, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Asia Pasifik di Thailand (PATA) dipetik dari Forum Ekonomi Dunia
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.