Pasangan terkejut besar dapat 'hadiah krismas' bayi seberat 6 kilogram
Agensi
Disember 17, 2017 11:06 MYT
Disember 17, 2017 11:06 MYT
Kehadiran ahli keluarga baharu pastinya sentiasa dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri.
Namun pasangan Robert Young dan Sheralyn Wilcock di Britain tidak menyangka bakal memperoleh ‘hadiah’ Krismas yang besar dan luar biasa.
Mereka baru menyambut kelahiran anak ketiga mereka iaitu seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat hampir enam kilogram di Hospital Diana, Princess of Wales.
Lebih menarik bayi lelaki yang dinamakan Brodey ini mencipta rekodnya tersendiri kerana dia merupakan bayi yang paling besar dilahirkan di hospital berkenaan dalam tempoh sepuluh tahun.
Menerusi portal Metro.uk, Sheralyn berkata dia sudah menjangkakan bayi yang dikandungkannya itu besar tetapi tidak menyangka ia mencecah hampir enam kilogram dan dia tidak mengalami sebarang masalah atau alahan teruk sepanjang mengandungkan anak ketiganya itu.
Kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan hanya akan minum sekitar 20 ke 40 mililiter dalam tempoh tiga hingga keempat jam namun berbeza dengan sukatan Brodey yang minum sebanyak 70 mililiter dalam tempoh sama.
Brodey yang terpaksa dilahirkan empat hari lebih awal menerusi kaedah caesarean juga hanya muat menyarungkan baju bayi berusia 0-3 bulan.
#Britain
#Brodey
#caesarean
#Diana Princess of Wales Hospital
#Metro uk
#Robert Young
#Sheralyn Wilcock