Pasangan suami isteri tidak boleh 'kedekut', perlu kongsi beban

Pa and Ma
September 28, 2021 11:51 MYT
Tidak salah bekerjasama demi membangunkan ekonomi rumahtangga. Untuk diri kita juga bukan orang lain. - Foto Pa&Ma
ALAM perkahwinan, biasa dengarkan, susah sama, senang bersama. Cuma, adakah kata-kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ini lebih-lebih lagi dengan pandemik COVID-19.
Yang pasti, ada ramai pasangan dewasa juga tIdak mampu bersama ketika susah.
Berikut antara pengalaman Perunding Kewangan, Kay Bee Rahim mengenai pentingnya pengurusan wang antara suami isteri apabila sudah berumah tangga.
Kedua-dua mereka perlu mainkan peranan masing-masing.
Ini yang kami berdua lakukan dari awal perkahwinan sehingga usia perkahwinan mencecah 10 tahun pada Jun 2021.
1. #Selagi antara kami tidak didapati melakukan aktiviti curang dan menipu duit, maka perjanjian yang dipersetujui bersama ini akan terus berkuat kuasa.
2. #Kongsi segalanya seperti:
Satu yang Kak Bee sangat-sangat perasan, apabila kita redha dan ikhlas dalam membantu pasangan (dalam apa jua kes), rezeki akan masuk dengan mudah seperti air terjun yang mengalir deras.
  1. Rezeki di beri kesihatan yang sihat.
  2. Rezeki anak mudah belajar.
  3. Rezeki kewangan datang dari pelbagai arah yang tak disangka-sangka.
  4. Rezeki dipermudahkan urusan seharian.
Bagi anda di luar sana yang masih 'berkira-kira' dengan pasangan, cuba duduk sejenak, fikirkan keadaan diri dan keluarga:
Ada yang macam ini ke? Tepuk dada tanya minda.
Zaman ini semuanya memerlukan duit. Dan duit tidak turun dari langit.
Tidak salah bekerjasama demi membangunkan ekonomi rumahtangga. Untuk diri kita juga bukan orang lain.
Anda tentukan kebahagiaan rumahtangga anda sendiri, jika tidak orang lain akan lakukannya.
Kredit: Kay Bee (Perunding Kewangan)
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
#duit #perkahwinan #kongsi #Rumah Tangga
;