Pasangan sanggup berhabis sehingga RM1.3 juta untuk seiras Park Ji-min!
Agensi
Februari 11, 2020 11:56 MYT
Februari 11, 2020 11:56 MYT
SANGGUP berhabis sehingga £250,000 (RM1.3 juta) semata-mata ingin seiras seperti bintang K-pop dan kelihatan seperti patung!
Bagi merealisasikan impian tersebut, Oli London, 30 tahun, dan pasangannya, Frenchy Morgan, 40 tahun, yang terkenal di media sosial, Instagram telah melakukan pembedahan plastik sebanyak 24 kali.
Memiliki seramai 200,000 pengikut, London memberitahu, dia tidak terkilan walaupun terpaksa menghabiskan banyak wang demi impiannya itu.
London sanggup melakukan semua itu sejak tahun 2013 kerana ingin kelihatan seperti penyanyi idolanya Korea, Park Ji-min.
Difahamkan, minatnya terhadap penyanyi dari kumpulan BTS itu sehingga sanggup berkahwin dengan keratan kotak Park Ji-min ketika berada di Las Vegas.
Perbuatan London itu mengundang cemburu Morgan namun pasangannya itu turut melakukan suntikan botox dan payudara berulang kali.
"Morgan juga faham dengan keinginan saya menukar penampilan dan dia akan memastikan dirinya sentiasa kelihatan seperti patung anime," katanya memetik portal berita Daily Mail UK, pada Selasa.
Sementara itu, Morgan pula berkata, mereka masih berharap untuk melakukan beberapa pembedahan kosmetik pada masa akan datang.
"Pembedahan kosmetik akan diteruskan pada masa akan datang dan saya harap satu hari nanti penampilan serta wajah kami sama seperti idola," katanya.
#BTS
#Daily Mail UK
#Frenchy Morgan
#Instagram
#K-pop
#Korea
#Oli London
#Park Ji-min
#patung
#pembedahan plastik
#RM1 3 juta