Panasnya, macam mana nak tidur? Ini 5 tip untuk anda!
Madiha Abdullah
Ogos 9, 2020 10:00 MYT
Ogos 9, 2020 10:00 MYT
CUACA di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur sememangnya agak panas sejak kebelakangan ini.
Jika siangnya panas, malam pula membahang, pastinya sedikit sebanyak mengganggu tidur terutama jika anda tidak menggunakan pendingin hawa.
Tip di bawah boleh digunakan untuk membantu memperbaiki kualiti tidur semasa cuaca panas.
1. Elak tidur siang
Jika tidur anda terganggu pada waktu malam, cubalah elak tidur pada waktu siang.
2. Teruskan rutin
Cuba jaga waktu tidur dan teruskan rutin yang biasa anda lakukan sebelum tidur.
3. Suhu bilik
Pada siang hari, turunkan langsir atau tirai. Pada waktu malam, buka semua tingkap sebelum tidur, untuk membolehkan angin masuk.
4. Cadar nipis
Gunakan cadar yang nipis dan material yang tidak panas. Pakaian juga perlu sesuai. Tetapi sediakan juga selimut kerana suhu badan anda akan turun pada waktu malam. Itulah sebabnya adakalanya kita terjaga kerana rasa sejuk.
5. Bertenang
Sekiranya anda sukar tidur, bangun dan lakukan sesuatu yang menenangkan seperti membaca atau menulis. Jangan bermain telefon atau permainan video anda kerana aktiviti ini akan lebih merangsang otak untuk bekerja.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!