Pakej Perpaduan prabayar Internet mudah alih lebih murah bagi golongan belia, B40, OKU dan warga emas
Astro Awani
Disember 21, 2022 15:13 MYT
Disember 21, 2022 15:13 MYT
KUALA LUMPUR: Pakej Remaja prabayar Internet mudah alih yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun kini diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran untuk pelanggan menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023.
Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawrkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).
Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar unruk memiliki perkhidmatan Internet sebagai utiliti asas bagi rakyat.
Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia serta veteran polis.
Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawrkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari), kata kenyataan itu.
Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.
Pakej ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.
Pakej ini merupakan pakej asa yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.
#Pakej Perpaduan
#prabayar Internet mudah alih
#syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi
#CelcomDigi