Pada yang tiada lagi ibu tercinta, rindu itu tidak tertanding dengan apapun...

Asyraf Roslan
Mei 12, 2019 16:05 MYT
Ibu merupakan seorang insan yang sangat istimewa dan banyak berjasa kepada anak-anak dan keluarganya - Gambar hiasan: Kisahkasihibu.blogspot
ANDA pasti mempunyai momen-momen yang menarik bersama ibu anda, bukan?
Menghargai setiap perkara yang ibu lakukan buat kita sepatutnya bukanlah hanya pada hari tertentu, namun Hari Ibu yang disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun merupakan satu hari yang sangat istimewa buat anak-anak untuk ibu mereka.
Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia menyambut hari yang sangat istimewa buat para ibu.
Dan sudah pasti, ramai yang akan menelefon ibu mereka atau pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama-sama.
Namun, daripada tinjauan di media sosial, Astro AWANI menyedari tidak semua antara kita yang diberikan peluang untuk mengucapkan atau bermanja secara zahir kepada ibu tercinta, apatah lagi mahu menyambut hari istimewa tersebut, kerana wanita teragung itu tidak lagi ada bersama mereka.
Berikut merupakan antara perkongsian yang kami terima, dan rata-rata mereka merasa kehilangan ibu tercinta.
Bagi Ridzuan, enam tahun dia kehilangan ibu tercinta dan hanya kiriman doa sahaja yang dapat dia sampaikan kepada arwah ibunya.

dah 6thn tak call ibu.. Hanya kiriman al fatihah dapat bagi kepada ibu sebagai satapan rohani..

— MRMN (@RidzuanHj) May 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi pengguna media sosial, Rayyan sangat berharap dia dapat menghubungi dan mendengar suara ibunya yang tercinta, namun semua itu tidak dapat dilakukan kerana ibunya sudah pergi menghadap Penciptanya. Hanya doa yang dapat dia sedekahkan kepada arwah ibunya.

Saya harap saya boleh call dan dgr suara ibu saya tapi skrg ni saya dapat sedekahkan utk dia seberapa byk yg boleh...

— Rayyan (@Rayyan_ua) May 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat Muni Muttalib pula, kehilangan ibu tercinta selama 14 tahun itu sangat dirasainya.

14 tahun yg lalu .... alfatihah utk almarhum ibunda tercinta ...

— Muni Muttalib (@Melluvchai) May 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi pengguna laman Facebook, Athenz Yu berkongsi gambarnya melawat pusara ibu tercinta dan baginya meskipun mereka berdua berlainan agama tiada apa yang dapat memisahkan mereka dan sentiasa mendoakan ibu bapanya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang yang baik.
Lain pula kisah, Jeman Mdazman, meskipun ibunya masih lagi ada di dunia ini namun dia masih tidak dapat untuk berbual dengan ibu tercinta kerana sudah hampir setahun ibunya tidak sedarkan diri kerana mengalami strok.
Ini pula antara respons lain di laman Facebook yang juga menyampaikan rasa sedih mereka kerana tidak lagi berpeluang untuk berjumpa dan berbual dengan ibu mereka.
Hanya doa sahaja yang mereka mampu titipkan buat ibu tercinta yang telah pergi buat selamanya.
Setiap insan mempunyai kenangan tertentu bersama ibu masing-masing. Sekiranya si ibu masih ada bersama anda, teruslah berbakti kepada mereka walau sesibuk manapun kita menjalani urusan dunia.
Ada pula dalam kalangan kita yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil, namun pertalian kasih sayang itu akan terus hidup dalam doa dan ingatan.
Ada pula yang cuma diberi kesempatan yang terbatas, kerana kehilangan wanita yang paling agung ini atas sebab-sebab tertentu. Bersabarlah, bertabahlah, bertenanglah. Sememangnya rindu kepada seorang ibu tiada tandingannya dalam dunia ini.
Kasih sayang ini tiada batasnya.... Selamat Hari Ibu!
#Hari Ibu #Sambutan Hari Ibu #Selamat Hari Ibu #ucapan
;