KECERDASAN am buatan (AGI) ialah evolusi seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) dengan ia bakal mempunyai kemampuan yang lebih tinggi berbanding manusia.
Usaha ke arah AGI telahpun dimulakan oleh DeepMind dan OpenAI. Minggu ini OpenAI menyenaraikan lima tahap AI yang perlu dicapai sebelum ia mencapai tahap AGI.
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD.
Tahap 3 ialah ajen AI yang mampu melakukan tugasan bagi pihak pengguna. Tahap 4 ialah AI yang mampu mencipta inovasi baharu yang belum wujud.
Tahap 5 yang merupakan tahap tertinggi ialah AI yang mampu melakukan keseluruhan tugasan sebuah organisasi manusia.
OpenAI berkata mereka ini semakin menghampiri Tahap 2. Bilakah Tahap 5 akan dicapai masih lagi tidak diketahui.
Sam Altman, CEO OpenAI tahun lalu meramalkan AGI mungkin boleh dicapai dalam masa lima tahun lagi.
Definisikan tahap AI yang ditakrifkan oleh OpenAI adalah hampir sama dengan yang dicadangkan oleh DeepMind tahun lalu.
Lima pengelasan tahap AGI yang dicadangkan DeepMind ialah emerging (berkembang), competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia).
DeepMind juga bersetuju ia kini masih lagi di Tahap 1 menerusi penggunaan chatbot. -Amanz
Amanz
Sun Jul 14 2024
![OpenAI umum lima tahap ke arah AGI, kini sudah di tahap dua OpenAI umum lima tahap ke arah AGI, kini sudah di tahap dua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716455594_TBAGI.jpg)
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD. -Amanz
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716455594_TBAGI.jpg)
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.