OGAWA perkenal BIOVIS, kerusi urut ultra ketepatan dipacu AI pertama di dunia

Israr Khalid
Julai 5, 2024 20:19 MYT
Ciptaan termaju OGAWA itu menampilkan rangkaian inovasi yang pertama di dunia, algoritma AI yang tercanggih, dan teknologi terkini, untuk memberikan pengalaman urutan yang cukup peribadi dan tiada tandingannya.
KUALA LUMPUR: OGAWA melancarkan kerusi urut terbaharu BIOVIS, yang membawakan teknologi penggelek ultra ketepatan pertama di dunia dikuasakan oleh sistem kawalan kecerdasan buatan (AI) OVERSEER.
Ciptaan termaju OGAWA itu menampilkan rangkaian inovasi yang pertama di dunia, algoritma AI yang tercanggih, dan teknologi terkini, untuk memberikan pengalaman urutan yang cukup peribadi dan tiada tandingannya.
OVERSEER memanfaatkan algoritma AI yang dipertingkat untuk mengumpul data dan menganalisa keadaan tubuh pengguna, mencipta program kesihatan yang disesuaikan secara khusus untuk keperluan berbeza setiap individu.
“Teknologi AI generasi seterusnya ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental dan fizikal, menangani isu hari ini seperti tekanan kerja, pemakanan yang tidak sihat, dan penggunaan komputer yang berpanjangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif OGAWA Malaysia Datuk Lim Mee Ling.
OGAWA BIOVIS dilengkapi dengan penderia ketepatan AI dan penjejak keletihan AI untuk menyampaikan pengalaman urutan yang tepat dan diperibadikan.
Keunggulannya disampaikan melalui penggelek maklum balas kinetik dengan Teknologi ‘KinectBack’, yang meliputi titik akupunktur 52 peratus lebih luas dan ketepatan urutan yang ditambah baik sehingga 30 peratus.
Trek Adaptif Pelbagai Sudut ‘Liflex’ pula menyambut tubuh mengikut lengkungannya untuk aliran urutan yang lancar dan baringan kerusi melangkaui sifar graviti.
Untuk bahagian kaki, alami relaksasi mendalam dengan ayunan 135 darjah ke atas dan ke bawah dengan Regangan Buku Lali ‘Pilaflex’.
Pengkusyenan Beg Udara ‘CloudLift’ pula teknologi anti-runtuh dengan beg udara fleksibel yang mengisi sebarang ruang untuk memastikan keselesaan sokongan tulang belakang.
Kerusi urut BIOVIS juga membawakan Pengalaman Imersif Kokpit Maya dilengkapi sistem audio MONSTER yang disepadukand dengan Pad Infiniti 12 inci untuk kualiti bunyi yang tiada tandingan serta skrin panel kawalan LED yang terbesar untuk segmen kerusi urut.
Dengan 10,800 kombinasi urutan unik, OGAWA BIOVIS menetapkan penanda aras baharu dalam industri kerusi urut mewah, mengadunkan inovasi teknologi dengan kelebihan kesihatan untuk keluarga yang lebih sejahtera dan bahagia.
Kerjasama berterusan OGAWA dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bermatlamat memajukan teknologi kesihatan dengan mengkaji impak OVERSEER terhadap orang dewasa yang mengalami hipertensi dan pra-hipertensi.
Dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa dengan penggunaan berterusan kerusi urut OGAWA yang dikuasakan OVERSEER dapat mengurangkan tekanan darah sistolik sehingga 7.6 peratus dan tekanan darah diastolik sehingga 10 peratus.
“Kami percaya bahawa kami adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan, jadi kami punyai satu tahap tanggungjawab yang harus kami sampaikan kepada pengguna, memastikan mereka mendapat manfaat bila menggunakan kerusi urut kami,” kata Pengarah OGAWA Malaysia Leong Boon Hong.
Hasil kolaborasi itu juga menjanjikan keberkesanan sehingga 88 peratus melalui Program Auto ‘Sweet Dream’ dan 81 peratus melalui Program Auto ‘Deep Tissue’.
Kehebatan OVERSEER turut diiktiraf apabila baru-baru ini OGAWA merangkul trofi Produk dan Perkhidmatan Kesihatan AI pada Anugerah Keunggulan Teknologi Malaysia 2024, menggariskan komitmen OGAWA kepada inovasi dalam sektor teknologi kesihatan.
Boon Hong turut memaklumkan bahawa OGAWA akan bekerjasama dengan universiti terkemuka dunia untuk menjalankan kajian-kajian seterusnya untuk terus memberikan manfaat terbaik dan berpanjangan buat pelanggan.
Sempena ulang tahun ke-28nya, OGAWA Malaysia mengadakan promosi Pembelian Dengan Pembelian (PWP) Eksklusif serendah RM28 untuk pakej kerusi urut terpilih.
#OGAWA #BIOVIS #OVERSEER #kerusi urut #AI
;