Nicolas Ghesquiere umum tinggalkan Balenciaga
Associated Press
November 6, 2012 16:37 MYT
November 6, 2012 16:37 MYT
Pereka fesyen Nicolas Ghesquiere mengumumkan akan meninggalkan rumah fesyen Balenciaga akhir bulan ini.
Ghesquiere dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Balenciaga sehingga menjadi salah satu jenama fesyen yang paling diminati.
Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama Ghesquiere dan Balenciaga.
Antara lain kenyataan turut mengatakan kerjasama kedua-duanya akan tamat November.
Namun tiada sebarang maklumat mengenai siapakah pengganti Ghesquiere atau apakah langkah seterusnya buat Ghesquiere.
Ghesquiere dilantik menjadi pengarah kreatif Balenciaga sejak 1997, sekaligus melonjak namanya dalam industri fesyen di Perancis.