Niat ikhlas ingin bantu kakak terlaksana di bulan Ramadan
Khairunnisa Kasnoon
Julai 3, 2016 00:25 MYT
Julai 3, 2016 00:25 MYT
Kata orang-orang tua, kalau niatnya ikhlas dan benar, segalanya dipermudahkan.
Sebagai seorang adik, Fadzilah Hanim Halib memasang niat, mahu kongsi apa sahaja rezeki bersama kakaknya.
Dengan rasa itu, dia didorong keyakinan akan memperoleh baucer RM1,000 untuk kegunaan Aidilfitri nanti.
Jelas Fadzilah, sebagai peniaga, ia menuntutnya dan suami berbelanja setiap hari untuk keperluan gerai.
Namun ketika melalui rutin harian sebagai peniaga, dia diterkam tuah.
"Saya berniaga dan setiap hari saya membeli barang di Tesco, hari itu saya teringat dengan kakak saya kerana suaminya menghidap penyakit lukemia.
Masa itu saya nak pergi beli dengan niat untuk memberi kepada mereka dan suaminya tak berkerja dan ibu kami tinggal bersama dengan mereka dan secara terkejut dapat memenangi baucer ini", katanya di sini.
Ibarat durian runtuh, rezeki datang bergolek, peraduan yang disertai membawa khabar gembira yang tidak terhingga.
Niat murni Fadzilah untuk berkongsi rezeki bersama kakaknya ini tercapai terutama menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Tonton video kisah Fadzilah dan keluarga.