Netizen 'pening' apabila Facebook tak dapat diakses
Madiha Abdullah
September 25, 2015 08:37 MYT
September 25, 2015 08:37 MYT
Apabila laman sosial paling popular, Facebook, tidak dapat diakses untuk tempoh hampir sejam, ramai yang mula garu kepala.
Sebagai laman sosial yang diakses hampir setiap masa oleh pengguna di seluruh dunia, tidak hairanlah 'kehilangan' Facebook menjadi tumpuan, dengan laman Twitter dibanjiri hashtag #facebookdown.
Apa yang menggelikan hati, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk 'troll' pengguna Facebook. Mana tidaknya, Facebook menjadikan aspek penting dalam kehidupan seharian 1.3 bilion penggunanya.
Lebih melucukan apabila ada yang tidak mahu ketinggalan 'melagakan' Facebook dan Twitter.
Laman Facebook tidak dapat diakses untuk tempoh 50 minit, bermula sekitar jam 11 malam tadi.
Setakat ini, Facebook belum membuat kenyataan rasmi berkenaan hal ini.