Netizen kritik kempen kebersihan sempena sambutan ulang tahun Ratu Elizabeth
Syafique Shuib
Januari 4, 2016 23:39 MYT
Januari 4, 2016 23:39 MYT
SEMPENA sambutan ulang tahun Ratu Elizabeth ke-90 tahun ini, United Kingdom telah melancarkan satu kempen kebersihan.
Ia bertujuan agar United Kingdom bebas dari sampah sempena sambutan ulang tahun Ratu Elizabeth pada April dan Jun (sambutan rasmi).
Pihak penganjur iaitu Clean For The Queen bercadang untuk mengumpul satu juta sukarelawan untuk membersihkan beberapa kawasan di United Kingdom.
Lapor akhbar The Daily Mail, warga tempatan turut dijemput untuk mencalonkan 12 kawasan-kawasan yang memerlukan baik pulih.
“Jika kita berjaya mencapai matlamat kempen ini, ia akan menjadi kempen pembersihan terbesar di dunia.
'Dan kempen ini akan berjanji untuk membersihkan 12 daerah yang kotor sebelum sambutan hari jadi ke-90 baginda. Hadiah apa yang lebih baik daripada hadiah negara yang bersih,” kata pengarah Clean For The Queen Adrian Evans.
Namun kempen ini menerima kritikan oleh netizen tempatan.
Ada yang beranggapan mereka sudah menjaga kebersihan, dan tidak perlu melakukan demi keluarga diraja.
Luahan ini dikongsi menerusi hashtag #CleanForTheQueen.
Ada juga yang berjenaka terhadap kempen ini:
Selain kempen ini, kerajaan Britain turut bercadang untuk menaikkan denda membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya ke £150 (RM962.88).
Lapor The Telegraph, Menteri Komuniti Marcus Jones berkata sikap membuang sampah merata-rata menghancurkan ruang awam untuk semua.
“Majlis tempatan membelanjakan jutaan pound untuk proses pembersihan, dan duit ini boleh disalurkan untuk perkhidmatan lain,” katanya kepada The Telegraph.