Netizen kongsi 7 cara berjimat: 'Tak guna marah-marah, ubah cara hidup'

Madiha Abdullah
November 5, 2016 06:59 MYT
Orang ramai dinasihatkan agar berhenti merungut kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.
SEJAK beberapa hari ini, topik utama yang menjadi perbualan masyarakat adalah mengatasi tekanan perbelanjaan harian yang semakin meningkat.
Hal itu sedikit sebanyak memberi tekanan, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.
Untuk meredakan sedikit tekanan itu, kami kongsikan status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, yang berkongsi tujuh cara yang difikirkannya mampu dalam membantu menangani kos sara hidup tinggi.
Dalam statusnya, Amir Syahir berkata, tidak ada gunanya untuk terus marah dan menyalahkan pihak tertentu, sebaliknya fikirkan langkah untuk mengelakkan diri daripada tertekan dengan keadaan ekonomi semasa.
Katanya, paling mudah ialah mengubah cara hidup dan meninggalkan amalan bermewah-mewahan jika tidak mampu.
Antara yang digariskan konsultan kewangan itu adalah tabiat menyimpan wang sebelum berbelanja, meninggalkan hobi mahal dan mengutamakan keperluan daripada kehendak.
Di akhir status itu, Amir menasihatkan orang ramai agar berhenti merungut kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.
"Cara pemikiran kita perlu berubah seiringan dengan cabaran ekonomi semasa," tulis Amir.
#Amir Syahir #berjimat #ekonomi #kewangan #kos sara hidup