Netizen kagum Sultan Johor 'sporting' bawa motor boncengkan Permaisuri

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 21, 2018 22:24 MYT
Aksi lucu Sultan Ibrahim telah menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan aksi bersahaja sultan yang disifatkan sebagai berjiwa rakyat. Foto: Instagram/@tunku_idris
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat.
Namun, siapa sangka Sultan Ibrahim juga adalah seorang yang ‘sporting’ dan suka mengusik.
Menerusi perkongsian video di platform Instagram milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Sultan Ibrahim dilihat menunggang motosikal sambil membonceng Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Aksi 'selamba' Sultan Ibrahim telah menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan aksi bersahaja sultan yang disifatkan sebagai berjiwa rakyat.
Antara lain yang menarik perhatian netizen adalah apabila Sultan Ibrahim mengusik Permaisuri yang membonceng di belakang sehingga menyebabkan Baginda kelihatan jelas teruja.
Aksi mencuit hati itu dipercayai dirakam berdekatan Padang Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi baru-baru ini.
#Raja Zarith Sofia #Sultan Ibrahim #Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar #Sultan Johor #Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim #Tunku Temenggong Johor
;