Neelofa kecewa transaksi bank tertunda empat jam
Nizam Bakeri
Januari 8, 2016 12:35 MYT
Januari 8, 2016 12:35 MYT
“Anda telah berjaya membazirkan masa saya selama empat jam hari ini.”
Begitulah permulaan status Facebook pelakon dan pengacara Neelofa yang merungut tentang perkhidmatan sebuah bank ketika menjalankan transaksi di luar negara.
Menurut status berkenaan, Neelofa turut mendakwa dia terpaksa membuat panggilan telefon sehingga enam kali kepada bank tersebut namun tidak mendapat jawapan.
Neelofa terpaksa menunggu di sebuah kedai bermula pada jam 12:30 tengah hari sehingga 4:40 petang sebelum transaksi tersebut selesai diuruskan.
Pengacara rancangan popular Meletop itu juga meluahkan kekecewaan terhadap mutu perkhidmatan sebegitu walaupun dia telah lama menjadi pelanggan setia bank tersebut.