Nasihat untuk rakyat Malaysia melalui runut bunyi filem, Ratatouille

Asyraf Roslan
Mac 26, 2020 14:03 MYT
Alia berharap menerusi lagu yang ditulis dalam tempoh satu jam itu dapat membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia - Foto Instagram / @aliahish
Siapa yang pernah menonton animasi Ratatouille, terbitan Disney pasti biasa dengan runut bunyi Le Festin nyanyian Camille.
Apatah lagi lagu itu selalu digunakan oleh pengguna aplikasi TikTok untuk membuat video-video yang menarik.
Apa yang menariknya, apabila seorang pengguna media sosial, Alia Hishamudin telah mengubah lirik lagu tersebut untuk disesuaikan dengan isu COVID-19.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menulis lagu berkenaan daripada rakyat Malaysia sendiri.
Menerusi lagu yang berdurasi 1.20 minit itu, Alia Hishamudin telah mengingatkan kepada semua yang menonton videonya untuk menjaga jarak, basuh tangan dan yang paling penting sekali kekal berada di rumah.
Tambahnya, dia berharap menerusi lagu yang ditulis dalam tempoh satu jam itu dapat membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.
" Sila ikut peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan ya, mereka berusaha sebaik mungkin untuk menjaga keselamatan kita, Tolong ya," katanya di laman Twitter.
Pada masa sama, menurut graduan Universiti Malaya Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Muzik) Penyelidikan Pendidikan melalui lagu ini dia merakamkan penghargaannya kepada petugas barisan hadapan yang berkorban untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari dijangkiti wabak COVID-19.
Rakyat Malaysia harus #DudukRumah dan #KekalTenang untuk kita sama-sama #HapusCOVID19
#COVID-19 #Disney #kerajaan #keselamatan #Malaysia #Media #media sosial #pendidikan #ratatouille #Tik Tok #Twitter
;