Nasi goreng timun Ahmad Maslan dikecam netizen

Shamil Hizamie
Jun 14, 2015 17:03 MYT
Ahmad Maslan memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasaknya sekitar jam 8 pagi menerusi akaun Twitter. Foto - Twitter Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bual bicara para pengguna media sosial apabila memuat naik dua keping gambar yang menonjolkan teknik memasak.
Meskipun mendapat kecaman berikutan muat naiknya pada 7 Jun lalu, Ahmad masih meneruskan pendiriannya untuk ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksana sejak April lepas.
Ahli politik berusia 49 tahun itu memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak itu sekitar jam 8 pagi menerusi akaun Twitter peribadi.

Sesekali sedia sarapan utk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada prgm UMNO pic.twitter.com/nMACQJQSmB

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO”, ujarnya di Twitter.
Muat naik yang dikongsi lebih dua ribu kali itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Salam tuan @ahmadmaslan kenapa ada ridsect tepi masakan? Nak sembur muka org yg cakap tak sedap ke?

— Fabulist / Syfq (@fabulistjiwa) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan asal timun bnyk sngt dato,ingt nak buat masker kat muka,

— famie (@fahmi_ahmd) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan berapa kali nak tegur. Masak nasik goreng kena buang tangkai cili tu. masuk jugak dgn dahan-dahan sekali. Lambat pickup ke pe

— REBEL (@AinulNunanaa) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan Teknik 'hidang terus dari kuali' banyak dipraktikkan di Perancis. Skil kulinari YB sangat tip-top! Tahniah!

— Adam (@ATMology) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan dato, shieldtox dekat belakang tu buat penambah perasa ke?

— Azlan Asyraf (@_siggplus) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan salam Dato kenapa hias kuali sekali? Makan dalam kuali terus ke?

— Heroin Malaya (@NabyllahZin) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan gambar tak cantik. dato pakai handphone apa?

— Che Aff (@CikHaf) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan wahh dato, tak panas ke kuali tu boleh pegang mcm tu je. Power lah dato.

— 'Atiq #TJLanParty3 (@nazrulatiq) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ahmadmaslan yb ni comel la, mana ada orang susun timun dalam kuali. Lain kali atas pinggan baru susun okay?

— Naddy Winchester (@naddywinchester) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@langsuir_____ @anthraxxxx @ahmadmaslan err setahu aku beras dengan garam memang tak kena gst bang. aji no moto tu kena la.

— LOK (@yusrizulkornain) June 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika diamati kapsyen berkenaan, beliau dilihat sekali lagi ingin menyatakan bahawa sebahagian besar bahan masakan termasuk barangan mentah dan runcit tidak dikenakan cukai GST.
#Ahmad Maslan #cukai barangan dan perkhidmatan #GST #masak
;