Penyertaan golongan muda dalam usaha kesukarelawan menjadi tunggak pada kejayaan Mercy Malaysia.

Menyedari kepentingan untuk menarik golongan muda dalam aktiviti sukarelawan dan sebahagian daripada usaha mendekatkan masyarakat dengan peranan Mercy Malaysia, mereka tampil dengan inisiatif MyMercy Run.

MyMercy Run merupakan larian amal yang melibatkan jarak 7 kilometer yang akan diadakan pada Ahad depan 2 Mac 2014 di Padang Merbuk.

Pendaftaran untuk larian yang bermula dan berakhir di Padang Merbuk ini akan dibuka sehingga 25 Februari ini.

Bayaran bagi pendaftaran sebanyak RM 60 yang akan disumbangkan terus ke Tabung Mercy untuk projek kemanusiaan di seluruh dunia.

Pelbagai aktiviti lain seperti konsert #MyMercyRun Indie, permainan dan sesi klinikal dan penerangan mengenai misi kemanusian Mercy Malaysia akan diadakan nanti.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di laman Facebook Mercy Malaysia dan hashtag #MyMercyRun.