Muzium hidup KBT, garap suasana sebenar masyarakat Melayu lama

Fauzi Suhaimi
September 16, 2020 14:48 MYT
Sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang memakai baju seni tari gamelan bergambar di Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri Terengganu. - Foto BERNAMA
MUNGKIN sebelum ini filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara bahan yang dijadikan bahan rujukan atau 'dokumentasi' sejarah untuk melihat suasana sebenar kampung serta gaya hidup masyarakat Melayu lama.
Namun, kini tidak lagi.
Malah, anda sendiri boleh merasai pengalaman dan melihat suasana tersebut selepas Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif mewujudkan Kampung Budaya Terengganu (KBT).
Bukan itu sahaja, pendekatan itu sekali gus menjadikan KBT sebagai pusat sehenti dalam menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan budaya ketara dan warisan budaya tidak ketara dari seluruh daerah di Terengganu.

Tarikan baharu di Terengganu, lebih tepat di Muzium Negeri yang dinamakan Kampung Budaya Terengganu. Best! Korang wajib singgah kalau pergi Ganu. Serius tak rugi. pic.twitter.com/KtbuxK5Vjr

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenapa menarik sbb pengalaman aku di sana. Aku mcm rasa kehidupan org dulu-dulu. Aku mcm berada dlm dunia lain. Tambah lak bila masuk rumah ke rumah. Jgn risau, setiap rumah akn ada sukarelawan yg akan pnggil anda masuk dan explain setiap sudut yg ada kt rumah tu. xrugi.

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berkonsepkan muzium hidup, KBT yang bertempat di Muzium Negeri ini akan memberikan pengalaman percutian bersejarah buat pengunjung.

Memula korg kena ikut laluan masuk. Nnti diorg akan tunjuk jln. Mcm biasa. Scan MySejahtera dulu dan ambk suhu. Normal baharu kan! Lps tu korg akan masuk dan nmpk dua kapal besar. Korg boleh masok. Kalau xsilap kapal belanda dulu. Tp korg blh tngok nnti. pic.twitter.com/FC9uaovoZf

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini kerana, pengunjung akan dipersembahkan dengan latar belakang serta suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama.
Selain itu, pelbagai pengisian lain seperti demonstrasi aktiviti-aktiviti yang diusahakan penduduk tempatan turut dipamerkan di KBT.

Lepas tu korg akan jmpa rumah ni. Nama dia Rumah Limas Belanda. Tinggi tau rumah dia. Dan nmpk x akak baju biru. Haa mereka la sukarelawan yg akan layan kita. Diorg dh dilatih utk explain setiap selok belok rumah ni. So krog tnya je, pasti depa boleh jawab. pic.twitter.com/K3txFvNGqo

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KBT akan menjadi produk pelancongan terbaharu di negeri Terengganu yang menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan seni budaya sebagai salah satu daripada kluster pelancongan negeri.

Ni pula rumah bujang berpeleh. Apa berpeleh tu aku lupa tanya. Hahaha rumah ni ada tunjuk demo anyaman batik. Korg boleh try. Pas tu ada jua game bola kopi. Tp yg ni dia explain je lah. Xleh main. Nnti kena lari sambil bawa tin susu pulak kan. Penat sukarelawan nk kejar. Haha pic.twitter.com/ZBCByHQPAb

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nk rumah bujang... yg ada anyaman batik tu. haa nmpk x susunan tin tu. tu salah satu permainan tradisional org dulu2. Aku smpt main masa kecik2 dulu. Nampak x usia i berapa! Hahahah dh tua ya adik adik.... pic.twitter.com/0UnnpuUGZN

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kaedah pelaksanaan KBT adalah kakitangan bertugas akan menghidupkan suasana tradisi dalam persekitaran yang menyerupai kehidupan sebenar rakyat Terengganu.

Ni pula rumah bujang berserambi. Nama je bujang tau. Tp yg dok sini pembesar pembesar di raja dulu dulu. Aku xnaik. Mls buka kasut. Hahaha jdi xtau sngt apa yg menarik dkt rumah ni. Korg p la nnti ya. Nk aku sedia smua. Nnti korg xp. Hahahaha pic.twitter.com/387t1zk3lv

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengunjung akan dirai dan merasai kehidupan sebenar dan sekaligus menerapkan unsur sejarah melalui penglibatan mereka secara langsung.
Secara tidak langsung, pengunjung juga dapat mempelajari dan menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala.

Antaranya dkt halaman istana, ada persembahan seni silat gayong dari hang tuah dan hang jebat. Tibah. Hahaha menarik weh. Susah nk tengok persembahan mcm ni skrg ni. pic.twitter.com/d0lP5LMood

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada jua gerai-gerai yang menjual brg2 kraf. Makanan tradisional yang korg boleh beli buat kenangan. Sokong la sikit. Xmahal pun. pic.twitter.com/ro1EyYT9WE

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tujuh perhentian KBT
Perhentian Pertama (Rumah Nelayan)
- Demonstrasi pembuatan jala.
- Demonstrasi pembuatan bubu.
- Demonstrasi pembuatan kerepok
- Demonstasi pembuatan ikan kering.
- Demonstrasi pembuatan belacan.
- Pameran perahu-perahu.
Perhentian Kedua (Rumah Bujang berserambi Selasar)
- Demonstrasi pembuatan seni khat.
- Demonstrasi pembuatan ukiran khat.
- Demonstrasi pembuatan kayu.
- Demonstrasi pembuatan bubur asyura.
- Persembahan berzanji.
- Pameran barangan lama.
Perhentian Ketiga (Rumah Bujang Berkembar)
- Demonstrasi anyaman (tikar, mengkuang, lidi, kerecut, terendak, buluh dan atap nipah).
Perhentian Keempat (Rumah Limas Belanda)
- Demonstrasi pembuatan wau.
- Demonstrasi pembuatan gasing.
- Pameran dan demonstrasi permainan tradisional (batu selambut, congkak, gasing dan dam aji).
Perhentian Kelima (Rumah Tele)
- Pameran adat dan budaya.
- Pameran dan demo pakaian tradisional.
- Demonstrasi mencanting batik.
- Demonstrasi batik blok.
- Demonstrasi pembuatan songket.
- Demonstrasi pembuatan tembaga.
- Demonstrasi pembuatan tembikar.
- Pameran barangan dapur lama.
Perhentian Keenam (Istana Tengku Long)
- Pameran bilik dan barangan diraja.
- Pameran barangan istana.
- Demonstrasi pembuatan keris dan lembing.
- Pameran dan persembahan muzik gamelan.
Perhentian (Laman Singgah Sana)
- Persembahan silat.
- Persembahan permainan tradisional.
Perhentian Ketujuh (Laman Warisan)
- Persembahan kebudayaan.
- Demonstrasi dan jualan makanan tradisional.
- Demonstrasi dan jualan cenderahati.
- “Photo booth”.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Belanda #budaya #Kampung Budaya Terengganu #KBT #kerajaan #Melayu #melayu kuno #melayu lama #Muzium Negeri Terengganu #nelayan #pelancongan #rakyat #rumah #sejarah #Seni #terengganu #Warisan
;