'Muzium flora' ini wajib dilawati jika anda pencinta rempah dan masakan

Harits Asyraf Hasnan
September 6, 2020 11:00 MYT
Tropical Spice Garden yang terletak di Teluk Bahang ini tersenarai antara lokasi wajib dilawati di beberapa portal pelancongan terkemuka tempatan dan antarabangsa. - Foto Facebook/TropicalSpiceGarden
JIKA anda bercuti ke Pulau Pinang, tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi Tropical Spice Garden di Teluk Bahang.
Bagi penulis, ia merupakan lokasi yang bukan sahaja wajib buat mereka yang gemar rempah ratus dan tumbuhan, malah ia turut sesuai buat mereka yang gemar memasak.
Mana tidaknya, anda mungkin setiap hari menggunakan kulit kayu manis, bunga cengkih dan pelbagai lagi rempah ratus, tapi tidak pernah melihat pokok asal tumbuhan dan rempah ini.
Ini antara beberapa fakta menarik berkenaan Tropical Spice Garden yang berkeluasan lapan ekar ini:
1) Lebih 500 spesies flora tropikal yang masih kekal berada pada topografi asalnya.
2) Diibarat seperti muzium tropika yang menempatkan tumbuhan yang sering digunakan sebagai perisa makanan, perubatan dan kegunaan harian lain.
3) Anda boleh menemui hidupan fauna yang menjadikan taman ini sebagai habitat.
4) Selain caj masuk yang sangat berpatutan, anda juga boleh memilih untuk mengupah pemandu pelancong yang akan menceritakan dengan terperinci flora dan fauna di kawasan tersebut.
5) Bukan sahaja dapat melihat, anda juga boleh pegang, rasa dan hidu beberapa spesies tumbuhan dan rempah ratus.
6) Menjadi lokasi aktiviti 'team-building', selain menyediakan kelas memasak dan pelbagai aktiviti menarik lain.
7) Terdapat pusat jualan yang menjual pelbagai produk berasaskan tumbuhan yang terdapat di taman ini - seperti essential oil (minyak pati), teh herba, produk cenderamata dan banyak lagi.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#alam sekitar #Cuti-Cuti Malaysia #eko-pelancongan #flora fauna #lokasi tarikan pelancong #pulau pinang #rempah ratus #shm #taman herba #Teluk Bahang #Tropical Spice Garden #weekender
;