Murah... ayam lebih besar daripada nasi
Sinar Harian
Ogos 28, 2018 05:47 MYT
Ogos 28, 2018 05:47 MYT
Isu kos sara hidup adalah antara isu yang paling diberi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyedari hakikat itu, seorang peniaga di Pasar Borong Jalan Putra, Alor Setar mengambil inisiatif menjual nasi lemak dengan harga RM2 sahaja.
Pengguna Twitter, Radja Afif melahirkan rasa teruja dan berpuas hati kerana membeli makanan dengan harga murah dan enak.
"Nasi lemak pasar borong, ayam lagi besar dari nasi hanya harga RM2 sahaja. Hahaha.. Mana mahu dapat," katanya.
Paparan gambar memperlihatkan pelbagai jenis lauk dengan harga sangat berpatutan itu telah dimuat naik di laman sosial mendapat perhatian netizen hingga mendapat 1,100 retweet.
Netizen Noor Adibah Shafie tidak mempercayainya namun pengguna Twitter, Balmond memperakuinya dengan menyatakan lokasi itu adalah 'port'nya malah berpuas hati dengan makanan tersebut.
#Alor Setar
#balmond
#kos sara hidup
#nasi lemak
#Noor Adibah Shafie
#Pasar Borong Jalan Putra
#Radja Afif